Monday, March 15, 2010

[3] Sejauh Mana Syukur Kita?



Tiap-tiap hari saya melihat pesakit2 di hospital
Bermacam2 penyakit, tak kira acute atau chronic
Menyerang tak kira tua ataupun muda..

Tapi apa yg membezakan mereka dengan patient2 lain di luar sana adalah..
Setiap kali berjumpa dengan mereka, semua mendoakan..
"Smoga Allah memberi kamu kejayaan, hidup dengan bahagia"

Mmg lain perasaan bila berada di bumi anbiya'
Terlalu byk mereka mendoakan kami
Dan sesungguhnya doa org ditimpa sakit insyaAllah dimakbulkan doanya
Dan bagi saya yg bahasa arabnya tak lah power tara mana pun
Cuba tuk mendoakan mereka tp selalu dalam hati sahaja
Sebab tak tahu bagaimana nak luahkannya hmm..

Disebabkan tiap2 hari sgt tengok orang sakit
Dah biasa sangat smpai lupa akan nikmat diri
Sejauh manakah syukurku terhadap nikmat2 ini?
Mungkin setelah kehilangannya baru akan disedari

Tetapi Alhamdulillah wa nushkur 3alaAllah
Hati ini terdetik kembali
Yang membuat sy insaf dan berfikir kembali

Dahulu pernahlah terfikir
Nak belajar piano la..nak belajar macam2 la..
Kononnya takde skill lain selain belajar ilmu perubatan

Tapi sy lupa..
Bukankah lebih baik tangan yg Allah kurniakan ini..
Saya guna untuk menyelak helaian Al-Quran
Skill takde? Skill baca quran tajwid sume dah betul2 mantap ke?
Mana lebih penting??

Alhamdulillah hati ini masih mampu diketuk
Syukran kepada adek kesayanganku yg menunjukkan video ini kepada saya
Uhibbuki Fillah =)

Marilah Klik

-520pm, J-Home-

0 comments: