Monday, January 31, 2011

[7] LoSt. need to find my way back home


Aku hilang dalam dunia sendiri, aku tak tahu mana nak tuju, aku tak memahami apa yg terjadi dgn diriku, aku cuba ‘ignore’ kan perasaan itu. Aku truskan hidup seperti biasa.

Mungkin aku anggap ‘seperti biasa’. Tetapi tanpa ku sedar aku makin leka. Melayan nafsu dunia. Aku leka dgn hiburan, menonton drama dan drama dan drama, movie demi movie demi movie, bersembang hal2 yg tak menambahkan iman di hatiku.

Jiwaku kosong. Kemanisan islam dalam hidupku semakin pudar tanpa aku sedari. Untuk mengatasi aku berdamping dgn mereka yg aku rasa boleh menaekkan kembali semangatku. Rupanya semangat itu tak cukup tuk diriku bertahan lama. IMAN ku yg menjadi asbabnya.

Tanpa iman yg bersih tiada gunanya semangat ini. Tanpa iman yakni akidah yg menyatukan kami, tak mungkin aku dpt merasakan kebersamaan ku bersama mereka. Aku tak rasai kelazatan manisnya ibadahku, dakwahku, studiku, ukhuwahku. Rupa2nya iman ku yg lompong di robek sedikit demi sedikit oleh nafsuku yg menawarkan ku pelbagai hiburan dunia (movie,drama,fb,utube,chatting).

Tapi aku tidak menangis, aku tahan perasaan itu, perasaan ingin lari dari segalanya kerana aku tahu itu tanggungjawab aku, aku buat tak tahu dgn perasaan itu. Aku tak mahu mencari puncanya kerana aku takut meninggalkan kesemua jahiliyah ini.

Tapi benarlah kata mereka, jika kita merasa ‘down’ carilah mereka yg boleh menaekkan ruh islam kamu bukan yg merendahkan lagi ruhi kamu. Aku pergi berjumpa mereka walaupun dlm keadaan tidak bersungguh.

Akhirnya hati aku, mata ku, mulutku tidak dpt menahan lagi. Aku mengadu kepada seseorg yg ku amat syangi, akhirnya berderailah air mata penyesalan jahiliyah dari kelopak mataku.

Aku perlukan masa tuk bersendiri. Aku tahu mungkin ada yg rasa aku terlalu ‘ignorance’, semua org pun penat juga dgn kerja masing2 bukan aku seorg sahaja. Aku tahu semua tu aku tahu. Tp berilah masa tuk aku perbaiki kembali iman ku ini agar dpt ku merasai kembali kelazatan kemanisan dakwah yg ku junjung selama ini.

Aku tak pernah merasa sebegini ‘down’ selama aku hidup di dunia ini. Mungkin inilah cara Allah mahu menegurku agar kembali kepada Dia. Dalam Dia memberikan ku ujian Dia menunjukkan ku jalan. Hanya dengan hati yg sedar sahaja yg akan mengambil pelajaran. Sedang aku melayari fb aku terjumpa video ini dari salah seorg akhawat di france

Nouman Ali Khan - Spiritual Void - Quran Weekly

Dan juga seorang sahabatku yg sentiasa mendengar permasalahanku memberi ku link kepada artikel yg benar2 menyentuh jiwaku. semoga ukhuwah kita kekal hingga ke syurga enshalla

Nota Tarbiyah: Menundukkan Pandangan

Dari satu ujian Allah beri aku ujian kedua, harini saja aku telah berbuat sesuatu yg aku tak sangka. SABAR. Itula yg perlu aku pegang. Hanya kerana ‘tension’ aku hilang sabar dan menyalahkan org lain. Astaghfirullah. Ini ujian bagimu tuk kamu perbaiki AKHLAKmu.


ya Allah, tetapkan la aku agar sentiasa berada di JalanNya dalam keadaan sabar dan tabah

-1223am, J-home-