Wednesday, March 24, 2010

[6] Ayah Kata..

Harini start exam
Maka sebelum naek teksi ke jamiah
Saya call mama
..... takda orang jawab
Call angah
.....takda org jawab juga
Call ayah
...... ayah jawab

bermulalah conversation

Saya : Assalamualaikum ayah!!!
"Saya" nak exam ni lagi 30 minutes
Ayah: Ya ka, 1st thing develop ur confidence dulu
Enshalla boleh.

Lepas tu saya dengar bising2 kat dalam telepon,
Ayah tgh bincang2 ngn kawan2 dia ka
Hmm, menggangu sungguh saya ni haha
Maka chitchat skit ngn ayah pastu letak telepon

Sebenarnya point paling penting kat cni adalah..
Macamana ayah tau anak dia ni tgh takdak confidence
Belum sempat cakap apa2 ayah dah kata develop ur confidence 1st
Hehe, memahami sungguh ayah kepada anak dia
Minta maaf la kalau selama ni saya hanya call mama shj
Jarang call ayah... Lepas ni nak call ayah byk2 la
Pandangan mama n ayah dtg dari sudut yg berlainan
Suka dgr dua2

Sy nak jadi macam mama n ayah along angah
Semua penuh dengan confidence
Yup saya perlu menjadi lebih CONFIDENCE

(", )
-1100am, J-Home-

Saturday, March 20, 2010

[5] Lets Protect Our Heart (", )



-1120am, J-Home-

Thursday, March 18, 2010

[4] Childhood Memories~~



Terkenang masa kecil2 dulu
Naek kereta je ayah akan bukak kaset2 nasyid budak2
Bila dah besar skit bukak IKIM pula
Dengar nasyid sahaja

Tapi bila makin besar sy dah pandai bukak radio lain
HITZ, ERA, etc.. sy curi2 ambil radio masuk dalam bilik
Alasan bila mama tanya, nak belajar BI la mama
Itu yg dengar lagu orang putih ni
Bila pikir balik lawaknye alasan
Hmmm..

Bila makin2 besar suka pula dengar lagu korea
Ayah tanya kenapa dengar lagu ni
Saya jawab, ala bukannya paham pun ayah
Bukan saya reti nyanyi pun
Berbagai alasan diberi

Saya tahu ayah dan mama dah makin tua
Mereka sudah tidak larat nak marah
Kalau dulu bersungguh2 mereka marah
Apabila ktrg try2 nyanyi lagu2 kat tv tuh

Kini bila sy tgk kakak adek sy dgr lagu2 melalaikan
Ayah Mama dah tak dapat berkata apa2
Saya tahu mereka sedih
Saya tak mahu mereka sedih

Saya tanya mama kenapa mama tak tegur
Mama kata ayah mama dah tak larat nak marah
Kami dah tua, sudah berbuih berkata2
Kami ajar dari kecil dengar hiburan yg sesuai dgn Islam
Bila besar semua ikut kepala sendiri

Mama senyum memandangku
Saya tahu apa maksud mama
Saya faham sangat
Tapi saya selalu lupa
Mengapa??????

------

Mama pernah berkata
Kamu harapan mama
Belajar rajin2 jadi doktor
Hafal Quran jangan lupa
Mama nak seorang anak hafizah

Tapi saya lupa janji saya dgn mama
Mama, minta maaf
Akan saya kotakan janji itu
EnshAllah

------

Lagu rumahku syurgaku by AURA
Buat saya menangis
Masa kecik2 selalu dengar
Mungkin agak sedikit homesick
Lagipun nak exam kan biasalah =)
Smile and there's nothing u cant overcome (", )

-1155pm, J-Home-

Monday, March 15, 2010

[3] Sejauh Mana Syukur Kita?



Tiap-tiap hari saya melihat pesakit2 di hospital
Bermacam2 penyakit, tak kira acute atau chronic
Menyerang tak kira tua ataupun muda..

Tapi apa yg membezakan mereka dengan patient2 lain di luar sana adalah..
Setiap kali berjumpa dengan mereka, semua mendoakan..
"Smoga Allah memberi kamu kejayaan, hidup dengan bahagia"

Mmg lain perasaan bila berada di bumi anbiya'
Terlalu byk mereka mendoakan kami
Dan sesungguhnya doa org ditimpa sakit insyaAllah dimakbulkan doanya
Dan bagi saya yg bahasa arabnya tak lah power tara mana pun
Cuba tuk mendoakan mereka tp selalu dalam hati sahaja
Sebab tak tahu bagaimana nak luahkannya hmm..

Disebabkan tiap2 hari sgt tengok orang sakit
Dah biasa sangat smpai lupa akan nikmat diri
Sejauh manakah syukurku terhadap nikmat2 ini?
Mungkin setelah kehilangannya baru akan disedari

Tetapi Alhamdulillah wa nushkur 3alaAllah
Hati ini terdetik kembali
Yang membuat sy insaf dan berfikir kembali

Dahulu pernahlah terfikir
Nak belajar piano la..nak belajar macam2 la..
Kononnya takde skill lain selain belajar ilmu perubatan

Tapi sy lupa..
Bukankah lebih baik tangan yg Allah kurniakan ini..
Saya guna untuk menyelak helaian Al-Quran
Skill takde? Skill baca quran tajwid sume dah betul2 mantap ke?
Mana lebih penting??

Alhamdulillah hati ini masih mampu diketuk
Syukran kepada adek kesayanganku yg menunjukkan video ini kepada saya
Uhibbuki Fillah =)

Marilah Klik

-520pm, J-Home-

Saturday, March 6, 2010

[2] Milik Siapa?


Ini sahaja yg dapat sy ungkapkan harini
Macam2 benda terjadi dan diperbincangkan
Juga isu yg mana sy rasa sy perlu mula ambil serius
Dan jangan melebih2 demand hmm
Ape2pun berdoalah..
moga Allah beri yg terbaek untuk kita dalam setiap perkara

p/s: kena mula amalkan doa nabi musa,
bukan hanya sekadar untuk jodoh tp utk sume perkara =)

SAYA GEMBIRA KERANA BERSAMA MEREKA (", )

-11.53pm, J-Home-

Friday, March 5, 2010

Hati Mulai Terdetik

hati ini semakin hari semakin tidak suci
titik2 hitam kejahilan mula bertompok2 di dalam hati

walaupun terdengar suara hati yg menjerit2 kecil
menyuruh aku memadam kembali tompok2 hitam itu..

aku tidak menghiraukannya
lalai dan alpa dalam hiburan manusia
yang mana ku anggap lebih gembira dari gembiranya di syurga

bila hati mulai terdetik
jeritan2 kecil itu semakin mengusik

hingga aku terberhenti
tersedar dari lamunan duniawi
tersedar tentang tanggunjawab diri

sebagai khalifah di muka bumi
yang aku tahu selama ini
tapi sentiasa dinafi

kau kata kau mahu Islam naik kembali seperti dulu
tapi perbuatanmu tak serupa dgn percakapanmu
kau tahu apa yg paling dibenci Allah Tuhanmu
mengatakan sesuatu yg tidak engkau perlaku

sedarlah dari mimpi2 indahmu
bangun dan berilah peringatan dari Tuhanmu
jangan engkau selesakan dirimu
kerana sesungguhnya tanggunjawabmu melebihi masamu

smoga detikan hati yang ingin kembali ke fitrah sucinya
akan terus bersuara dan menjauhimu dari fitnah dunia

-630pm, J-Home-