Tuesday, February 8, 2011

[8] experiencing banjir for the very first time



Sesungguhnya ujian itu Allah berikan pada hambanya sesuai dengan kemampuannya.

Bila mulut berbicara senang sahaja kata2 ini dikeluarkan tp sejauh mana diaplikasikan dalam setiap detik hidup yg bernafas dengan nafas pinjaman dari Allah ni. Memang betul2 menguji. Dari satu ujian ke satu ujian. Belum habis hilang lagi sepenuhnya perasaan yg tak tahu sy nak describe macam mana datang lagi ujian yg seterusnya.

Semalam bangun2 pagi sakit kepala amat sgt tak tahu kenapa, kuatkan hati pergi jugak dawam kat hosp badeah. Mula2 mcm tak nak amik hx je dari patient tp bila pikir balik. Baru kena headache dah ngade2, cepat sgt rasa lemah. Maka pergila clerk hx dari patient ditemani oleh cik yan yg sgt caring. Thanx yan. Dpat case UTI, walaupun agak lost masa tgh take hx tu tp cuba2 gak r catchup tnye skit2.

Then round ngn dr. ya Allah time tu kerut2 dahi je lambang nak tahan sakit. Cuba focus sedaya mungkin walaupun fikiran menerawang. Tgh kawan examine patient, secara automatically tergelak bila dia salah sebut satu word tu 'conjuctivia'. Dalam byk2 words yg disebut, word tu jugak yg sy tangkap dengan sedarnya hmm.. tak pasal2 kena pukul ngn yan (tringat time ko pukul aku yang dlm klas pastu dr tnye, "why do u hit her?" HAHA. Sian yan yg bertujuan nak gerak sy tido huhu) dan juga kena tegur direct "tak baik, gelakkan org. kt cakap bahasa arab pun bukan bagus sgt". Dan sy jawab ‘tahu!’.

At first agak mengamuk jugak tak leh trima tp sy tahu sy yg silap. Lepas ni kena lebih berhati2 dalam berkata2 dan gelak ketawa. Enshallah. Perjalanan kelas seperti biasa dan menjawab quiz dengan meniru buat kali ke2. Kemudian balik ke rumah ditemani hujan renyai2. Around 8pm, tragedy pun berlaku. Begini kisahnya.

“kring2 kring2..

saya: “hello”

Azah:”cikzu!! Cube gi tgk dapur, air dah naek. Busuk!!”

saya: “ha!!! Jap2 nak g tgk..azah!! air dah naek byk kat dpur ngn tandas..busuknya..tasha!!”

Tasha: “napa cikzu? Aaa air naek!! Cepatnya die mengalir aaaa..”

Azah: “mmg cepat, baru 5sec je dah naek byk dah”

saya: “okla azah nak kol amani ngn sohib ni.”

Kami menjerit2 melihat air yg naek dengan pantasnya menuju bilik masing2. Siapa assumed banjir di bumi yg kekurangan air ini huhu. Kami lah MANGSA PERTAMA banjir di Jordan agaknya. Berbagai usaha tuk menghalang air dari masuk ke bilik tp gagal.. sbnrnya tak usaha sangat sbb otak dah blank. Akhirnya kami berpijak di karpet yg bawahnya dipenuhi air tanah yg berbau sungguh wangi itu. Sy menelefon sohib dengan nada yg begitu kebudak2an seperti anak mengadu dgn bapa.

saya: “allo..abu Muhammad, keif halik? 3ndana mushkilah. Mae bitla3 min majari fil matbah. Mae kathir jiddan minal matbah ila ghurfatii!!” (sungguh broken barab sy haha)

Abu Muhammad: “aiwah zulaikha, bistanna firas. Wait for firas, he’ll come to help u..” (sohib sy ckp bi sy gi ckp arab haha)

Huhu within 30sec air dah smpai ke bilik. Kerana terlalu tertekan kluar ke rumah jiran melihat apa yg terjadi pada mereka. Tgk mira n salma tgh kauk2 air ke dalam baldi huhu sungguh comell dan rupa2nya kami je yg masuk smpai bilik. Sungguh kesian. Tapi tak tahu napa time tu tak mahu nanges..gembira je menjerit huhu.

Firas akhirnya smpai. Jiran atas pun terkejut tgk rumah ktrg banjir begitu. Sungguh concern muka dia. Try tuk cakap English ngn kami. Baeknya pakcik tu. Firas cek2 suma n kata ni masalah system pembetungan Jordan bukan masalah rumah ini. Ya Allah, ktrg pun biar je la air tu masuk penuhi bilik. Paras air tak smpai buku lali pun tp mampu membasahi satu rumah. Kerana kebisingan kami, jiran melayu atas yakni yan meng wan pun trun membantu. Terima kasih sgt2 kat korang. Membantu mengemas kembali rumah lagi2 bilik sy yg sgt tak terurus.

Selepas hujan reda air mula surut kembali. Kami pun bergotong royong mengemas rumah. Mengalihkan barang2, memotong2 karpet tuk dibuang, mencuci lantai, men’softlan’kan lantai dan mengeringkannya. Around 1030pm misi kami Berjaya dengan bentuan semua. Bilik, dapur, hallway berjaya dikemaskan. Ruang tamu tunggu esokla..tak larat. Malam tu sy berhijrahlah ke rumah yan tuk tido. Terima kasih pada zimah kerana masakkan sy roti telur n french fries serta dessert tuk sy makan supper malam tu. Pas makan2 sembang skit ngn yan n then tido. Still tak rasa apa2.

Dan hari ini akhirnya barula rasa sedih. Apa dah jadi ngn rumah ni. Blik pun nmpak lain dah. Macam baru pindah pun ada. Tiba2 je sedih. rasa penat sedangkan semalam yg kemasnya bukan hari ni. Tapi sy tahu kita kena sabar.

Kerana fasobrun jameel ^^,=) Allah suka hamba2 dia yg bersabar. Sesungguhnya hikmah adalah harta mukmin yg hilang (quote dr buku menjadi pelajar berprestasi dari pandangan ulama’). Yup2, kena cari hikmah kenapa Allah kasi ujian ni kat sy. Kena yakin Allah bg ujian sesuai dgn kemampuan sy. Barriers are meant to be crossed. Once we crossed them we will gain sth which only can be achieved after we managed to overcome the obstacles. So kena kuatkan hati. Ingt Allah dalam setiap detikan hatimu ok.


Sesungguhnya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.


Ayah kata inilah pengorbanan yg perlu kt hadapi bila duduk di oversea. Sy dah tak leh harap pada family, bibik nak buatkan semua benda. Berdikari. Qodirun 3ala kasbi. Still tak betul2 buat lagi. Tahun ni dah 22thn dan sudah 4tahun setengah duk sendiri jauh dari family so kena bersedia tuk hadapi apa2 ujian pun.

Semoga ujian2 ini lebih menambahkan imanku, menguatkan akidahku, mengkhusyukkan ibadahku, membaiki akhlakku dan mematangkan diriku ini enshallah.

-11.14pm, J-home-

2 comments:

Mirae said...

betul cikzu.
dugaan untuk menguji kesabaran.
pengalaman jgk duk jOrdan ni kan..
huhu.banjir banjir..
sorry cikzu tak dpt tolong pn cikzu..
smoga korang terus tabah..
karpet..cmne?
nk beli baru?

TriplusColor said...

mimier byk la tolong ktrg. tadi pun mira ngn salma tolong angkat karpet yg berat sgt2 tu keluar. yep kt kena tabah ni la ujian kt. ingtkan banjir hanya di msia rupa2nya da jugak di jordan hee..

karpet tak beli kot. takut pisang buah 2 kali. tgkla camna dulu. for the mean time tak kot..